Saturday, 25 July 2009

Selamat Menyambut Rejab

Ujian dalm Gerakan Islam

Gambar di sekitar sidang media Mursyidul Amr PAS. Selepas menarik balik gesaan terhadap Ust. Nasa.


Tahniah pimpinan. Semoga ALLAH rahmati dan pelihara Gerakan Islam di Malaysia ini.
Pelihara dari puak2 sedara mara ibnu ubai salul.


Pengajian Hadis

Oleh:
Al-Ustaz Sheikh Muhammad Zainul Asri Ramli Al-Kedahi
(Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Hadis
& Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum Kedah)


Tempat :
Surau Riadhus Solehin
(Tmn. Austral, Putatan)

Tarikh:
20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa :
8.00pg - 5.30ptg

Hubungi Urusetia:
012-493 5689
019-980 5689

Tempat Adalah Terhad!!!

Sebab Tak Sabar Laa jadi mcm tu

Tibanya di KK tepat jam 9 malam kelmarin dari sandakan, tidak melunturkan semangat aku untuk bersama2 rakan seperjuangan untuk mendengar taklimat penubuhan Kawasan penaja bagi salah satu parlimen di kawasan KK. Lebih kurang jam 12 tgh malam baru selesai sesi taklimat tersebut. Sempat lagi salah sorg dari old-timer ajak aku dan sorang lagi sahabat aku untuk menikmati juadah kat kedai mamak. "Port biase la, kat situ tak ramai orang." Restoran BismiLLAH destinasi kami.
Sesiring dengan nama restoran tu mengingatkan aku untuk baca bismiLLAH dulu sebelum makan(kekadang fikir2 bagus jugak dia letak nama tu).

Selesai order makan dan minum topik dibuka. Macam2 yang dibincangkan dan diselangi oleh nasihat2 yang berguna dari otai untuk panduan kami sebagai org muda. Antara topik yang menarik untuk aku kongsi tentang perjuangan kat Sabah ni. Kata otai dengan nada nasihat pada kami mintak supaya dalam apa2 kerja2 jemaah untuk Islam kena ada sabar. Kerja2 Islam yang dibuat ni takkan nampak hasil depan mata. Kekadang tak kan nampak lansung kat dunia ni. Hasilnya nun kat akhirat kelak yang paling nampak. Walau menang kat dunia ni sekalipun bukan lah dapat jadi kayu ukur untuk katakan yang kerja Islam kita tu berjaya. Contoh yang di beri dalam soal politik. Kita kena anggap kerja2 jemaah Islam sertai politik ni merupakan satu kerja dakwah. Jangan asingkan antara politik dan dakwah. Bila tak sabar, tengok penyokong politik Islam tak ramai, susah nak dapat undi. Lama2 pilih platform lain untuk kononnya sebarkan Islam dengan cara cepat. Akhirnya ikut hanyut dengan cara sendiri dan janji kerja2 Islam itu lansung terkubur. Ramai tokoh yang dulunya hebat melakukan amal Islami masa belajar. Tapi sekarang dah hanyut dengan dunia mewah. Hasil perangkap wasilah yang digunakan. Akhirnya dakwah kemana, Islam ke mana. Sempat otai berkongsi beberapa nama individe hebat satu masa dulu tapi tidak lagi nampak taring Islamnya sekarang. Puncanya katanya ialah gopoh dan tidak sabar.

Sempat otai sebelum menamatkan bicaranya memesan pada kami. Perjuangan jemaah Islam ni bukan lawan musuh nampak semata. Tapi yang paling penting ialah perjuangan menentang nafsu. Orang kampung tak pernah halang untuk kita bagi ceramah tapi kita kekadang rasa berat untuk tinggalkan masa rehat kita. Tak dak sapa yang halang kita tengah jalan untuk hadir ke mesyuarat, tapi nafsu kita suruh jangan pergi sebab penat.

Baru la aku faham kenapa ramai orang2 hebat dalam jemaah kekadang akhirnya kecundang dan yang paling teruk menentang balik perjuangan Islam. Sebab tak sabar la jadi camtu..........

Text Widget

Text Widget